Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Saturday, November 24, 2012

LINUS 2.0


LINUS atau dikenali sebagai program peningkatan pencapaian murid dalam penguasaan  literasi dan numerasi  yang melibatkan penguasaan menulis dan membaca dalam bahasa Melayu akan diperluaskan kepada Bahasa Inggeris yang dikenali sebagai LINUS 2.0.

LINUS 2.0 diperluaskan berikutan daripada pencapaian yang memberangsangkan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2010 dengan 99.84 % pelajar Tahun 3 yang mengikuti program itu sejak 2010 berjaya menguasai literasi (menulis dan membaca) manakala 99.92% pelajar berjaya menguasai asas numerasi.

Daripada jumlah itu hanya 0.15 peratus atau 692 adalah pelajar yang perlu mengikuti pemulihan literasi manakala 0.08 peratus atau 346 lagi memerlukan pemulihan numerasi. Jumlah terbabit dalam pemulihan itu adalah mereka yang dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas merangkumi pelajar kurang upaya, menghadapi kecacatan fizikal, cacat penglihatan dan pendengaran. 

Untuk makluman. program LINUS ini akan diteruskan dalam bahasa Inggeris mulai sesi persekolahan 2013. Ini bagi memastikan murid dapat menguasai literasi bahasa Inggeris. 

Selain itu juga LINUS 2.0 akan membantu murid ini bagi membolehkan mereka tidak ketinggalan daripada rakan-rakan lain di dalam menguasai literasi bahasa Inggeris. Saringan asas akan dilaksana di kalangan pelajar Tahun Satu pada Jun 2013 bagi menentukan tahap literasi murid dalam bahasa Inggeris supaya murid yang memerlukan perhatian khusus dikenal pasti.






No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails