Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, November 6, 2012

Keputusan peperiksaan UPSR 19 November 2012



Makluman untuk pelajar yang telah menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2012 bahawa keputusan peperiksaan akan dikeluarkan pada hari Isnin, 19 November ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, pengumuman analisis keputusan UPSR itu akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Bagi calon yang telah menduduki peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi iaitu pada hari yang sama keputusan UPSR diumumkan.

Seramai 517,139 orang calon menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara yang diadakan pada 11 hingga 13 September lalu.




No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails