Mulai 1 Januari 2013 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menghadkan kepada pencarum sukarela termasuk caruman di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia sebanyak RM 60,000 setahun.
Tujuan skim ini diwujudkan adalah untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan kelak. Selain itu ia juga adalah untuk menggalakkan mereka yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing.
Mereka yang mencarum secara sukarela ini boleh mencarum serendah RM50 sebulan. Syarat-syarat kelayakan bagi mereka yang berminat untuk menyertai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah warganegara Malaysia, orang yang bekerja sendiri dan merupakan ahli KWSP.
Caruman boleh dibayar secara tunai atau cek menggunakan Borang KWSP 6A(1) untuk caruman sukarela dan Borang KWSP 6A(2) bagi Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.
Di sini aku kongsikan maklumat yang diambil daripada laman web KWSP iaitu cara memohon serta membuat bayaran Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Langkah 1 - Dengan mengisi Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (KWSP 16G(1M)
Langkah 2 - Hantar borang permohonan ke kaunter KWSP atau melalui mel.
CARA MEMBUAT BAYARAN
Langkah 1 - Dengan menggunakan Borang Bayaran Simpanan Persaraan 1Malaysia - KWSP 6A(2)
Langkah 2 - Serah borang Borang KWSP 6A(2) bersama tunai/cek di Kaunter KWSP/mel atau di kaunter ejen bank yang dilantik iaitu RHB, MBB, PBB dan BSN.
Maklumat lanjut juga boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000 atau mengunjungi cawangan KWSP berdekatan.
No comments:
Post a Comment