Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Friday, November 2, 2012

Nilai Mat Yo Lebih RM1 juta?



Nilai Mat Yo lebih RM1 juta? Adakah ini benar. Inilah yang diperkatakan di dada akhbar pada hari ini di mana dikhabarkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersedia untuk melepaskan Norshahrul Idlan Tahala atau Mat Yo sekiranya Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) membayar lebih RM1 juta jika masih berminat mendapatkan khidmat pemain The Red Warriors. Nilai tersebut perlu dibayar bagi menebus kontrak pemain itu. 

Walau pun begitu sebelum boleh melepaskan Mat Yo, pihak KAFA terlebih dahulu perlu meneliti meneliti peraturan persatuan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan melepaskannya. Sekiranya peraturan membenarkan, Kafa bersedia menyerahkan penyerang sensasi itu kepada Johor. Diberitakan bahawa pihak persatuan sedang mengkaji terma-terma kontrak dengan Mat Yo yang akan tamat pada penghujung musim depan.

KAFA dilaporkan berkata pelaburan yang besar untuk mengilap bakat pemain berkenaan adalah bersesuaian dan berpatutan bagi menebus kontrak Mat Yo yang baru  sahaja dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 100Plus-Arena-FAM.

Sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, ia akan menjadi sejarah baru iaitu perpindahan pemain bola sepak paling tinggi di negara Malaysia.

Sebelum ini PBNJ dilaporkan tidak akan berputus asa bagi mendapatkan Mat Yo dan bersedia untuk membayar baki kontrak permain tersebut. Mat Yo juga dikatakan berminat untuk mengubah haluannya ke Johor.




Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails