Seperti yang kita tahu melalui pembentangan Belanjawan 2013 pada September lepas, kerajaan telah mengumumkan pemberian rebat RM200 secara one-off bagi golongan belia yang berumur 21 hingga 30 tahun yang membeli satu unit telefon mudah alih pintar 3G.
Bagi tujuan ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 300 juta untuk dimanfaatkan oleh 1.5 juta golongan belia.
Ianya akan dibuat bermula pada 1 Januari 2013 dan bertujuan untuk meringankan beban terutama golongan belia bagi mendapatkan telefon pintar dan seterusnya memudahkan mereka untuk mengakses internet dan mendapatkan maklumat dengan hanya di hujung jari.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, pihaknya sedang meneliti makna sebenar "smartphone" yang digunakan dan kadar harga yang melayakkan pembeli menerima rebat tunai tersebut.
Walaupun ada pihak yang mempertikaikan rebat tunai ini lebih kepada menarik golongan muda sebelum bermulanya pilihanraya akan datang, namun aku sebagai pengguna tetap menyokong usaha kerajaan bagi menambahkan lagi bilangan pengguna telefon mudah alih pintar 3G atau smartphone.
1 comment:
yeayyyy!!!..taun depan aku beli smartphone..
Post a Comment