Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, November 15, 2012

Nilai Mat Yo RM6 juta?

Aku nak kongsikan satu berita mengenai pemain bola sepak Kelantan iaitu Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo. Sebelum ini dikhabarkan bahawa nilai pemain tersebut jika ingin dipancing oleh mana-mana kelab bola sepak negeri adalah sebanyak RM1 juta.

Menurut sumber daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (KAFA), sekiranya ada mana-mana pasukan terutamanya Johor mahu mendapatkan khidmat Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia tiga tahun berturut-turut itu, nilainya bukannya RM1 juta sebaliknya RM6 juta.

Nilai yang dimaksudkan itu adalah melibatkan kos penajaan dan pengurusan Mat Yo sepanjang bersama pasukan Kelantan selain nilai tebus kontraknya yang masih berbaki 13 bulan dengan pasukan Kelantan.

Walau bagaimanapun menurut penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa pihaknya tidak meletakkan nilai setinggi itu kepada Persatuan Bola Sepak Johor jika mahu mendapatkan khidmat Mat Yo kerana sudah pasti rundingan tersebut tidak akan berjaya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails