Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, November 29, 2012

Nokia vs Blackberry


Sebelum ini kita dipaparkan dengan kes saman di antara Apple dan Samsung. Kini ia terjadi di antara  Syarikat Nokia dan juga pengeluar gajet jenama Blackberry.

Disebabkan melanggar perjanjian paten, syarikat telefon bimbit jenama Nokia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Research in Motion (RIM) iaitu syarikat pembuat Blackberry.

Di dalam kes yang difailkan di Mahkamah Tinggi di California, syarikat Nokia berusaha untuk menguatkuasakan perintah tribunal timbang tara Sweden yang menyatakan RIM tidak boleh menjual produk yang dilengkapi dengan teknologi rangkaian kawasan tempatan (WLAN) tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan royalti dengan syarikat Nokia itu.

Menurut jurucakap syarikat Nokia, mereka telah memfailkan tindakan saman tersebut di Amerika Syarikat, Britain dan Kenada. Ianya adalah bertujuan untuk menamatkan pelanggaran kontrak oleh Reseach In Motion (RIM).



No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails