Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Saturday, November 3, 2012

Petak Kereta Percuma Kakitangan Awam


Berita gembira untuk kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Putrajaya iaitu di Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan Hospital Putrajaya kerana Perbadanan Putrajaya telah menyediakan kira-kira 1,000 tempat letak kenderaan percuma kepada mereka.
Jumlah tersebut adalah meliputi 450 petak letak kereta berbayar bersebelahan Kompleks Kerajaan Parcel E dan 500 parkir lagi di Aras 2, Park and Ride, Presint 7.
Pihak Perbadanan Putrajaya dilaporkan berkata pihaknya mengambil keputusan itu selepas mengambil kira keperluan semua pihak dan bersetuju memberikan kemudahan percuma itu.
Selain itu PPj juga menyediakan sebanyak 100 tempat petak kenderaan bagi orang ramai yang mempunyai urusan di tempat tersebut dan mereka akan dikenakan bayaran sebanyak RM1 untuk satu jam.
Ini adalah salah satu inisiatif yang baik dari pihak PPj bagi memberikan kemudahan kepada kakitangan kerajaan yang bekerja di sini.

1 comment:

Sharinginfoz said...

memang baguslah macam ni

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails