Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, December 6, 2012

Fungsi Kamera AES



Mengikut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunjukkan 9 peratus pengguna jalan raya yang tegar melakukan kesalahan. Selain itu jumlah kenderaan bertambah sebanyak 10 peratus pada setiap tahun dan kira-kira 7,000 pengguna jalan raya terkorban saban tahun akibat daripada kemalangan. Merujuk kepada statistik ini juga sehingga bulan April 2012 terdapat kira-kira 14.7 juta kenderaan yang berdaftar masih aktif digunakan.

Bagi mengurangkan masalah ini kerajaan telah memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau AES sebagai kaedah untuk memantau dan mengesan pesalah lalu lintas. Berikut adalah fungsi kamera AES ini adalah:

  • Satu teknologi baru yang mampu mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalu lintas dilakukan di kawasan sering berlaku kemalangan.
  • Dapat mengenal pasti kesalahan lalu lintas seperti melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju.
  • Berfungsi menguatkuasakan undang-undang secara automatik dan mampu berfungsi 24 jam.
  • Kamera automatik merekodkan kelajuan, nombor pendaftaran serta gambar pemandu.
  • Maklumat dihantar terus kepada pusat kawalan dan pengkalan data JPJ.
  • Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
  • Sistem ini juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.
  • Bukan hanya perangkap had laju tetapi adalah penyelamat kepada pengguna jalan raya. 


1 comment:

Bunda_nora said...

ada yg suke dan ramai yg tak suke system ni..

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails