Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, December 13, 2012

Isu Guru Bermasalah


Perkongsian hari ini adalah mengenai isu guru bermasalah yang telah dibangkitkan di dalam persidangan Dewan Negara. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh kementerian pelajaran didapati bahawa seramai 235 guru atau 0.05 peratus guru yang bermasalah. Mereka ini telah dimasukkan ke Jawatan Kumpulan dan disarankan untuk mendapatkan rawatan psikiatrik.

Untuk itu juga perkembangan guru yang bermasalah ini akan dipantau oleh pentadbir sekolah. Selain itu juga pihaknya akan menyediakan laporan berkala kepada pihak berkepentingan termasuk Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian.

Selain itu juga pihak kementerian menyediakan perkhidmatan sokongan sosial menerusi kaunselor organisasi secara berterusan bagi membantu guru yang menghadapi gangguan emosi dan mental yang serius atau terpengaruh dengan gejala tidak bermoral seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Hasil daripada intervensi kementerian, bilangan guru yang menghadapi gangguan mental berkurangan kepada 530 orang sahaja setakat ini, berbanding 774 pada 2009 dan 747 pada 2010.

Dalam pada itu hanya 23.52 peratus guru menghadapi gangguan mental akibat stres organisasi iaitu tekanan kerja berbanding 76.47 peratus kerana faktor keturunan dan gangguan personaliti sebanyak 52.94 peratus.

Untuk membantu meringankan beban guru, pihak kementerian melalui jawatankuasa khas mengkaji beban tugas guru dan sentiasa mengambil tindakan terhadap syor-syor yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan beban tugas warga pendidik negara ini. Di samping itu juga pihak bertanggungjawab perlu menetapkan guru-guru hanya bertugas pada hari Sabtu sahaja dan menyediakan kakitangan sokongan supaya guru tidak melakukan tugas pengkeranian atau penjagaan stor sekolah.

Walau pun statistik yang dikeluarkan ini tidak membimbangkan tetapi ia sedikit sebanyak akan merisaukan pihak ibu bapa yang mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru terbabit. Disebabkan guru yang bermasalah ini akan turut mendedahkan serta mengheret murid-murid kepada masalah guru tersebut.

Pada pendapat aku banyak faktor yang menyebabkan guru-guru ini menghadapi masalah seperti tidak ikhlas untuk berkhidmat sebagai guru dan hanya mengharapkan gaji bulanan sahaja. Disebabkan kurangnya minat mungkin ini akan mendatangkan tekanan kepada mereka untuk menghadapi karenah pelajar masing-masing.

Berjauhan dengan isteri dan anak-anak juga akan menyebabkan guru mengalami tekanan dan tidak dapat menumpukan sepenuhnya kepada tugas mengajar. Isu guru yang bermasalah dan tidak bermoral mungkin disebabkan oleh kurangnya pegangan agama dan mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak baik seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Setiap kerja yang kita lakukan adanya tekanan. Apa yang penting di sini adalah bagaimana cara kita untuk menangani tekanan tersebut dan menyelesaikannya secara rasional. Untuk merawat emosi dan rohani kita perlu mendekatkan diri kita kepada yang maha pencipta yakni Allah. Insyallah hati akan menjadi tenang.










   

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails