Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa
keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di
dunia dan di akhirat.
Di
dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti
hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka
Allah s.w.t.
Bagi
mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk
berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan
mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh itu, diam adalah benteng bagi lidah manusia daripada
mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Hikmah Diam
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib
Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah
silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan
barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya” (Riwayat
Abu Naim)
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka
hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat
At-Tarmizi)
Kata-kata hikmah
1- Banyak diam tidak semestinya bodoh. Banyak Cakap tidak
semestinya cerdik, Kerana kecerdikan itu buah fikiran . Orang cerdik yang
pendiam itu lebih baik dari orang bodoh yang banyak bercakap.
2- Menasihati orang yang bersalah itu tidak salah, yang salah
ialah memikirkan kesalahan orang lain.
3- Kalau orang menghina kita, Bukan Kita terhina. yang
sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan
diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah
perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan
bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda:
“Sampaikan pesanku biarpun satu ayat . ”
Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya
kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu kerana senyum
itu adalah satu sedekah.
1 comment:
oriteeee.. lepas ni kena banyakkan diam.. lepas ni mesti kawan2 aku pelik ngan aku.. HAHA
Post a Comment