Teh hijau adalah di antara olahan teh yang sangat popular di
negara seperti Jepun yang dikatakan mempunyai pelbagai khasiat. Antara
khasiatnya adalah mampu meningkatkan metabolisme tubuh selain dapat memberi
tenaga dan sekiranya diminum setiap hari dapat menurunkan berat badan.
Berdasarkan kepada kajian, ekstrak teh hijau dikenal pasti dapat mengaktifkan metabolisme serta meningkatkan tenaga kerana kandungan sejenis bahan iaitu polyphenois katekin dalam jumlah yang besar mampu membakar lemak sehingga empat peratus dalam tempoh 24 jam selepas meminum teh hijau.
Selain itu antara khasiatnya yang lain adalah membantu mengawal glukosa, karbohidrat dan mengurangkan peningkatan gula dalam darah sekiranya diambil selepas makan.
Untuk itu amalan meminum teh hijau ada banyak kelebihannya. Di sini aku kongsikan lagi kelebihan-kelebihan lain yang ada pada teh hijau iaitu:
Mengurangkan risiko kanser
Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser. Ia mencegah pertumbuhan sel tidak normal ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dijalankan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat.
Mengatasi bengkak mata
Oleh kerana ia mengandungi antioksida yang tinggi, dengan mengambil dua kantung teh hijau yang sudah digunakan dan diletakkan pada mata selama 10 minit mampu mengatasi masalah bengkak mata. Malah mata menjadi segar dan cerah.
Antiseptik kulit
Kandungan semula jadi antiseptik pada teh hijau mampu mengurangkan kegatalan dan bengkak pada kulit; juga luka serta terbakar akibat pancaran matahari. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan sedikit teh hijau pada luka atau tempat yang terkena gigitan haiwan.
Melindungi kulit
Produk mengandungi ekstrak teh hijau mampu melindungi kulit daripada masalah jerawat, gatal dan radang kulit.
Menurunkan tekanan darah
Kandungan teanin di dalam teh hijau yang bersifat antihipertensif iaitu mampu membantu menurunkan tekanan darah dan berada pada tahap normal.
Menguatkan daya ingatan
Dengan meminum teh hijau dua gelas sehari dikatakan mampu menguatkan daya ingatan anda.
Awet Muda
Kandungan vitamin E membuatkan kulit lebih muda. Selain itu minuman ini juga membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
No comments:
Post a Comment