Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan gaji minumum untuk sektor swasta dan diwartakan pada 16 Julai yang lepas. Perintah gaji minimum 2012 ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2013 dan kadarnya akan dikaji semula setiap dua tahun.
Penguatkuasaan pelaksanaannya adalah mandatori dan kerajaan telah menetapkan gaji minimum pekerja swasta ialah RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Laporan terkini daripada Kementerian Sumber Manusia adalah majikan yang menggaji 5 pekerja atau kurang akan diberikan penangguhan dalam pelaksanaan gaji minimum ini untuk sektor swasta kepada 1 Julai 2013.
Majikan yang terlibat dan layak untuk penangguhan ini wajib membuat permohonan penundaan kepada Majlis Perunding Gaji Negara (MPGN) sebelum atau pada 1 April 2013.
Namun begitu bagi majikan yang menggaji enam pekerja atau lebih, yang telahpun membuat permohonan penundaan kepada MPGN sebelum ini, keputusannya akan diumum selewat-lewatnya akhir bulan ini,
No comments:
Post a Comment