Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Thursday, December 27, 2012

KWSP perkenal skim baru biaya haji


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memperkenalkan 'Pengeluaran Haji' yang membolehkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka sehingga RM3,000 daripada Akaun 2 bagi membiayai kos ibadah haji berkuat kuasa 1 Januari ini.
   
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP Datuk Ibrahim Taib berkata, permohonan mudah tanpa perlu mengisi borang itu boleh dibuat ahli berumur kurang 55 tahun dengan syarat mereka telah menerima surat tawaran menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji (LTH).
   
"Bagaimanapun ahli diingatkan pengeluaran ini hanya boleh dibuat sekali seumur sehidup dan hanya layak bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan yang cukup di LTH," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
   
Untuk membuat permohonan pengeluaran haji itu, Ibrahim berkata ahli yang layak boleh berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan, surat tawaran LTH dan buku akaun simpanan LTH yang telah dikemaskini.
   
"Ahli juga diingatkan agar mengemukakan permohonan haji selewat-lewatnya tiga hari bekerja sebelum tarikh akhir menjawab pengesahan menunaikan haji seperti ditetapkan LTH bagi memudahkan proses permohonan mereka," katanya.
   
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, beliau berkata ahli yang berminat boleh mengunjungi laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000.  - Bernama

1 comment:

TechKini.com said...

Alhamdulillah, lebih ramai yang boleh menunaikan haji nanti :)

-> ❤ TechKini.com

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List