Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, December 25, 2012

Penyalahgunaan Facebook


Bagi menarik pelanggan, satu sindiket pelacuran didapati memasukkan gambar wanita yang tiada kena mengena dengan aktiviti persundalan tersebut  di dalam laman Facebook. Mengikut laporan sehingga terkini terdapat lima laporan daripada mangsa yang terbabit.
Di antara kes tersebut adalah melibatkan seorang pegawai pentadbiran di sebuah syarikat swasta yang terpaksa menanggung malu setelah gambar wajahnya dipaparkan dalam Facebook sebagai gadis yang menawarkan perkhidmatan seks
Wanita berusia 20 tahun tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, gambarnya telah digunakan dalam dua akaun  Facebook iaitu 'Jessy Serikembangan' dan 'Lisa Carino' kononnya beliau menawarkan khidmat seks dengan caj RM200 untuk sekali perkhidmatan dan RM500 untuk tempoh semalaman.
Selain itu juga beliau mendapati wajahnya telah dipotong dan disambungkan kepada gambar badan wanita lain yang berpakaian seksi dan berbikini. Beliau mendapat tahu mengenai perkara tersebut apabila rakannya memberitahu bahawa wajahnya disiarkan di laman itu. Sehingga kini wajahnya masih terpampang di laman sosial berkenaan
Susulan daripada penipuan tersebut, beliau telah menyamar sebagai pelanggan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan  sindiket itu telah meminta beliau terlebih dahulu memasukkan RM300 ke dalam akaun sebuah bank milik individu lain.
Tan berkata, beliau telah membuat laporan polis Ogos lepas dan kepada pengurusan Facebook yang sehingga kini belum mendapat sebarang tindak balas.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails