Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Sunday, December 2, 2012

Piala AFF Suzuki Malaysia Layak Ke Separuh Akhir


Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya kerana layak ke separuh akhir setelah berjaya mengalahkan Indonesia dengan 2-0 pada perlawanan akhir peringkat kumpulan B kejohanan Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Gol pertama pasukan Malaysia dijaringkan pada minit ke-27 oleh Azamuddin Akil manakala gol kedua pula diperolehi pada minit ke-30 oleh Mahala Jasuli.
Pada babak awal perlawanan pasukan Malaysia tidak mempamerkan aksi yang memberangsangkan dan pasukan lawan lebih banyak menyerang gawang pasukan Malaysia.
Namun begitu pasukan Harimau Malaya dapat mengimbangi permainan dan telah berjaya meraih mata yang amat penting sehingga membolehkannya layak ke separuh akhir.


1 comment:

Nora Karim said...

yey... masuk separuh akhir...!!

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails