Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Sunday, April 14, 2013

Bahan putih telur rendahkan tekanan darah


Kajian terbaru saintis Amerika Syarikat menyokong pandangan bahawa sejenis bahan dalam putih telur mempunyai keupayaan merendahkan tekanan darah tanpa sebarang kesan negatif. 

Saintis melaporkan, sejenis bahan dalam telur putih digemari pengguna yang mengambil berat mengenai kolesterol dalam kuning telur mempunyai kesan manfaat lain dalam merendahkan tekanan darah, lapor Science Daily.

“Kajian kami menunjukkan, mungkin ada sebab lain untuk memanggil bahan dalam telur itu sebagai luar biasa,” kata ketua kajian, Zhipeng Yu dari Universiti Jilin. 

“Kami ada bukti dari makmal bahan dalam putih telur diberi nama peptida adalah satu daripada blok binaan protein. 

“Ia mengurangkan tekanan darah sebanyak mungkin seperti dos rendah Captopril, sejenis ubat tekanan darah tinggi,” kata Zhipeng Yu. 

Yu dan beberapa rakan dari Universiti Clemson, menggunakan sejenis peptida dipanggil RVPSL. 

Bahan itu tergolong sebagai sejenis ubat seperti fungsi Captopril, Vasotec dan Monopril sebagai sejenis penukar enzim angiotensin (ACE). - AGENSI

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails