Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, April 1, 2013

DiGi, Skype jalin kerjasama




DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) bekerjasama dengan Skype, peneraju perisian komunikasi internet menawarkan kredit Skpye percuma kepada pelanggan bagi memperkayakan pengalaman internet.
Tawaran bermula 1 April ini, sekali gus menjadikan DiGi syarikat operator negara pertama menawarkan kredit Skype secara percuma.

Menurut DiGi, menerusi perjanjian itu, pelanggan boleh guna rangkaian data dengan kualiti tinggi untuk menghubungi insan tersayang sehingga 100 minit menggunakan panggilan suara Skype secara percuma kepada talian tetap atau telefon.

Ketua Produk Internet dan Perkhidmatan DiGi, Praveen Rajan berkata, kerjasama terbaru itu meningkatkan hubungan bersama, sekali gus memacu kadar penggunaan internet di Malaysia.

“Kami percaya ia dapat mencipta persekitaran positif yang akan menggerakkan penggunaan komunikasi ke tahap seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden dan Pengarah Urusan Pembangunan Perniagaan Microsoft dan Bahagian Skype, Bob Rosin berkata, kerjasama itu akan menjadi contoh lain bagaimana pemikiran maju dan inovasi operator mudah alih seperti Digi dalam menawarkan nilai besar kepada pelanggan.

Fasa pertama kerjasama itu, pelanggan pasca bayar DiGi akan menjadi yang pertama menikmati penebusan tawaran bermula 1 April ini. Bagi menebus kredit Skype, pelanggan perlu mendaftar jalur lebar pasca bayar atau pelan internet mudah alih, di seluruh cawangan DiGi terlibat sehingga 31 Julai 2013.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails