KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan peraturan tidak benar selipar dipakai di penjara telah digubal ekoran terdapat satu insiden yang menyebabkan kematian banduan.
"Memang ada insiden di lokap membabitkan selipar, sebab itulah banduan tidak dibenar memakai selipar di penjara.
"Peraturan tersebut digubal pada puluhan tahun dahulu dan ia berdasarkan insiden tersebut. Kita tak bagi pakai selipar di lokap keselamatan. Bukan sengaja tidak benarkan," ,” katanya ketika menjawab soalan tambahan (Pas-Pokok Sena), Datuk Mahfuz Omar.
Dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini, Mahfuz mempersoal tindakan pihak penjara tidak
membenarkan Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengenakan selipar ketika ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung Himpunan #KitaLawan baru-baru ini.
Ahmad Zahid dalam sesi perbahasannya hari ini memberi jaminan bahawa pihaknya akan mengkaji semula peraturan tahanan lokap.
Bagaimanapun, beliau berkata, ia merupakan sesuatu yang mustahil sekiranya kematian ke atas banduan atau tahanan lokap dapat dihentikan.
"Mustahil untuk tidak berlaku kematian di lokap. Proses untuk jamin dah usaha supaya tidak berlaku kematian, itu saya boleh usahakan.
“Tetapi jika mahu saya jamin bila insiden kematian di lokap akan terhenti, itu saya serahkan kepada ALLAH," beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh (DAP-Ipoh Barat), M Kulasegaran dalam sesi yang sama, hari ini.
Sumber : Sinar Harian
JobsMalaysia.Info (Terkini)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Blog List
-
-
Guna steroid baru badan jadi ??2 days ago
-
-
-
RESIPI KEK PAUN OREN9 months ago
-
Maafkan Kami3 years ago
-
Cara Berhenti Donasi UNICEF Indonesia 20195 years ago
-
3 Waktu Dilarang Mandi5 years ago
-
3 Hari 2 Malam Bersama Pelajar..12 years ago
No comments:
Post a Comment