Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, January 12, 2011

Sime Darby didakwa punca bekalan minyak masak kurang?

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Tindakan Sime Darby Bhd. (Sime Darby) menghentikan operasi pembungkusan minyak masak didakwa sebagai punca utama berlakunya kekurangan bekalan di pasaran tempatan ketika ini.

Menurut sumber, syarikat berkenaan telah menghentikan operasi pembungkusan minyak masak subsidi yang dibungkus dengan berat kandungan sekilogram.

Beliau berkata, Sime Darby merupakan antara pengeluar minyak masak terbesar di negara ini dan tindakan menghentikan operasi pembungkusan tersebut telah menyebabkan situasi sekarang berlaku.

"Pembungkusan minyak masak subsidi memang tidak menguntungkan syarikat pengeluar ketika ini dan ini menjadi faktor utama mereka lebih gemar membotolkan minyak masak kerana harganya lebih tinggi di pasaran.

"Selain itu, kekurangan bahan utama masakan tersebut juga disebabkan oleh penyeludupan dan juga tindakan membotolkan minyak subsidi tersebut secara haram oleh syarikat tertentu," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Jurucakap Sime Darby gagal dihubungi untuk mengulas mengenai dakwaan itu.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, kementeriannya telah menjalankan siasatan terhadap enam syarikat pengeluar minyak masak dan sebuah telah di sita kerana didakwa menyeleweng.

Katanya, pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk menyiasat perkara itu, dan mereka yang terlibat boleh didenda sehingga maksimum RM250,000 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Kami akan membatalkan lesen mereka jika terbukti bersalah seperti mana nasib beberapa syarikat gula sebelum ini dan kami tidak akan melayan sebarang rayuan selepas itu," tegasnya.

Beliau berkata, pada masa ini berlaku berlaku sedikit pertindihan kuasa antara kementeriannya dan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dalam menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap syarikat pengeluar minyak masak ketika ini.

"Ada sesetengah lesen pengeluaran minyak masak dikeluarkan oleh kementerian berkenaan yang mana penguatkuasaan juga di bawah bidang kuasa mereka," katanya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails