Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, November 1, 2012

Makan telur penyu penyebab risiko penyakit kanser dan buah pinggang


Bagi para penggemar telur penyu di negara ini, aku sarankan agar mengurangkan atau mengelakkan terus daripada memakan telur penyu kerana hasil kajian yang dijalankan oleh saintis Australia dan juga Jabatan Perikanan telah menemui logam berat atau merkuri di dalam telur penyu tersebut yang boleh mendatangkan risiko diserang penyakit kanser dan buah pinggang.

Orang yang memakan telur penyu juga boleh mengalami cirit birit selain telur penyu juga bahaya dimakan oleh ibu mengandung kerana berisiko mengalami keguguran.

Di dalam kajian tersebut mengatakan yang logam berat sebati dalam telur penyu kerana pembangunan laut berleluasa dan sisa industri yang terdapat dalam laut dimakan oleh penyu.

Selain itu juga tabiat memakan telur penyu boleh mendatangkan penyakit kepada manusia dan juga menyumbang kepada masalah kepupusan penyu yang semakin serius. Namun begitu sehingga ke hari ini masih lagi ramai yang memakan telur penyu kerana maklumat yang jelas mengenai bahaya memakan telur penyu ini kurang luas disampaikan kepada orang ramai.

Selain itu telur penyu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi iaitu antara 10 dan 15 kali lebih tinggi daripada telur ayam. Begitu juga kandungan garamnya.

Walaupun masih terlalu awal untuk mengesahkan kajian ini, kita tidak seharusnya memandang ringan penemuan ini, lebih-lebih lagi dengan kesedaran yang semakin meningkat mengenai keselamatan makanan kebelakangan ini.

Apa yang boleh aku katakan di sini, mengapa kita perlu mengambil makanan yang tidak diketahui khasiatnya dan mengandungi bahan-bahan yang mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita. Tambahan pula amalan memakan telur penyu ini boleh menyebabkan kepupusan kepada penyu. Fikir-fikirkanlah.


1 comment:

Unknown said...

Kalau isteri mgidam mcm mne...

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails