Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, October 12, 2012

Petronas terjejas jika royalti minyak dinaik 20%


KUALA LUMPUR - Kemampuan Petronas untuk menyumbang kepada negara secara berterusan akan menjadi persoalan jika bayaran royalti kepada negeri-negeri dinaikkan daripada kadar lima peratus sekarang kepada 20 peratus.
Petronas, dalam satu kenyataan berkata, peningkatan ini akan menyebabkan pembayaran cukai pendapatan petroleum berkurangan.
Ia berkata, keuntungan syarikat juga akan merosot, dengan itu berpotensi menjejaskan keupayaannya untuk membayar dividen kepada pemegang saham.
Kenyataan ini tidak merujuk kepada mana-mana pihak, tetapi Pakatan Rakyat menjanjikan royalti 20 peratus jika mengambil alih Kerajaan Pusat.
Dipetik Bernama, Petronas berkata, peningkatan dalam pembayaran royalti juga boleh
mengurangkan keberuntungan dan daya maju ekonomi semua projek minyak dan gas lama dan baharu yang sedang dibangunkan.
Ini akan menghalang Petronas dan kontraktor kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) daripada melabur lebih banyak ke dalam projek-projek ini.
"Sepanjang lima tahun akan datang, projek terancang dengan jumlah
perbelanjaan modal bernilai kira-kira RM170 bilion berisiko dibatalkan.
Bersama-sama dengan kejatuhan pengeluaran dari medan minyak domestik yang matang, ini akan mengakibatkan pembayaran yang lebih rendah kepada negeri-negeri," kata syarikat minyak milik negara itu.
Ia berkata kejatuhan pengeluaran minyak dan gas juga akan mengancam jaminan tenaga negara.
Selain kesan langsung ini, kemerosotan yang terhasil akan memberikan kesan berganda kepada industri minyak dan gas domestik seperti syarikat perkhidmatan serta industri sampingan, mengakibatkan kekurangan peluang pekerjaan untuk penduduk negeri-negeri terbabit.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails